Page 17 - Perpustakaan Lemhannas RI
P. 17

17

          Malaysia pada tahun 1963 Tentera Laut Diraja Malaya dikenali
          sebagai Tentera Laut Diraja Malaysia.19

                   Titik mula TUDM ialah dengan penubuhan Pasukan Sukarela
          Tentera Udara Negeri-negeri Selat oleh Inggris pada tahun 1936.
          Pasukan ini ditukar nama kepada Pasukan Simpanan Tentera Udara
          Malaya pada tahun 1940 tetapi telah dibubarkan selepas Perang
          Dunia Kedua. Pada tahun 1950 pasukan ini telah dihidupkan
          semula sebagai Tentera Udara Malaya yang kemudian menjadi
         kenyataan pada tahun 1958 apabila pesawat Twin Pioneer pertama
         mendarat di Lanud Royal Air Force Kuala Lumpur.20

                  Angkatan Bersenjata Malaysia juga tidak mempunyai
         kelebihan yang ketara berbanding kelengkapan tentera negara-
         negara tetangga terutama Singapore. Walaupun ketika ini,
         Angkatan Bersenjata Malaysia menerima perolehan kelengkapan
         senjata baru yang agak canggih seperti kapal selam Scorpene dan
         pesawat tempur Sukhoi Su-30MKM, namun dalam tempoh tiga
         hingga lima tahun, kelebihan ini dijangka akan dapat diimbangi oleh
         beberapa negara tetangga. Disebabkan keadaan ekonomi yang
         agak lambat, beberapa program pembangunan Angkatan Bersenjata
         Malaysia turut menerima dampak yaitu penundaan proyek.

                  Semenjak penubuhannya, Angkatan Bersenjata Malaysia
         telah diaturgerak dalam berbagai-bagai konflik dan pertempuran.
         Bermula dengan Perang Dunia Kedua, Angkatan Bersenjata
         Malaysia seterusnya berkhidmat ketika Darurat bagi menghapuskan
         ancaman komunis. Darurat berakhir pada 1960 manakala
         insurgensi komunis tamat pada 1989. Pembentukan negara
         Malaysia pada 1963 telah mendapat bantahan negara Indonesia dan
         itu telah mencetuskan Konfrontasi Indonesia-Malaysia. Konfrontasi

19 ibid.
20 ibid.
   12   13   14   15   16   17   18