Page 15 - Perpustakaan Lemhannas RI
P. 15
BAB II
LANDASAN PEMIKIRAN
6. Umum. Bab ini berisi tentang pengenalan terhadap profil Angkatan
Bersenjata Malaysia dan Angkatan Bersenjata Singapore, hubungan
bilateral Malaysia dan Singapore, Landasan Teori serta Tinjauan Pustaka.
7. Profil Angkatan Bersenjata Kedua-dua Negara
a. Angkatan Bersenjata Malaysia. Angkatan Bersenjata
Malaysia adalah pihak yang bertanggungjawab terhadap pertahanan
nasional negara Malaysia. Angkatan Bersenjata Malaysia mencakupi
tiga cabang ketenteraan utama yaitu Tentera Darat Malaysia (TDM),
Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja
Malaysia (TUDM). Pemimpin tertinggi Angkatan Tentera Malaysia
diterajui oleh Panglima Angkatan Tentera yaitu JeneralTan Sri
Zulkefli Bin Mohd Zin TDM.
Sejarah moden Angkatan Bersenjata Malaysia bermula
dengan pengambilan 25 orang pemuda Melayu sebagai skuad
percubaan Rejimen Askar Melayu pada 1 Mac 1933. Rejimen ini
terus berkembang menjadi satu batalion penuh yang dikenali
sebagai Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu pada 1 Januari
1938. Batalion kedua ditubuhkan pada 1 Desember 1941 iaitu enam
hari sebelum Perang Dunia Kedua bermula di Malaya. Kedua-dua
batalion ini telah menunjukkan kebolehan mereka dalam
peperangan menentang tentera Jepun. Selepas perang, negara
dilanda pula oleh ancaman Komunis dan keadaan Darurat telah
diisytiharkan pada tahun 1948. Keadaan ini memerlukan
pembesaran angkatan tentera. Menjelang tahun 1950 kekuatan
Rejimen Askar Melayu telah ditambah menjadi tujuh batalion. Pada
zaman Darurat juga, angkatan tentera telah melihat penubuhan
15

