Page 16 - Perpustakaan Lemhannas RI
P. 16

16

          pasukan berbilang bangsa iaitu Rejimen Persekutuan dan Skuadron
          Kereta Perisai Persekutuan pada tahun 1952. Setelah negara
         mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, Tentera Darat telah
         berkembang maju dan lengkap untuk menjalankan operasi melawan
         insurgensi. Pada masa ini pasukan Tentera Darat sedang pesat
         dipermodenkan sebagai satu pasukan tentera konvensional yang
         mampu untuk menghadapi cabaran masa depan.18

                  Tentera Laut Diraja Malaysia bermula dari Pasukan
         Simpanan Sukarela Tentera Laut Negeri-negeri Selat pada 27 April
         1934 di Singapore. Pasukan ini diperbesarkan pada tahun 1938
         dengan penubuhan cawangan Pulau Pinang dan ditukarkan nama
         kepada Pasukan Sukarela Tentera Laut Diraja Malaya. Menjelang
         Perang Dunia Kedua, seksyen Melayu dalam Royal Navy telah
         ditubuhkan dan kekuatan pasukan ini mencapai jumlah 1430
         anggota pada tahun 1941. Selepas kejatuhan Singapore pada
        tahun 1942, seramai 150 orang anggota Tentera Laut Malaya telah
         berundur ke Ceylon, India dan Afrika Timur. Anggota-anggota ini
        kembali ke Malaya apabila perang tamat. Malangnya disebabkan
        kekurangan kewangan selepas perang, Tentera Laut Malaya telah
        dibubarkan pada bulan April 1947. Apabila darurat tercetus pada
        tahun 1948, Tentera Laut Malaya telah dihidupkan semula dan
        diwartakan pada 4 Mac 1949. Tentera Laut Malaya dianugerahkan
        gelaran Diraja oleh Ratu Inggris Queen Elizabeth II pada tahun
         1952. Tentera Laut Diraja Malaya yang selama ini menjadi
        sebahagian daripada Royal Navy telah dipindahkan dari Singapore
        ke Persekutuan Tanah Melayu pada 12 Julai 1958. Sehubungan
        dengan ini, panji-panji Royal Navy telah ditukarkan dengan panji-
        panji Persekutuan Tentera Laut Diraja Malaya. Selepas penubuhan

  _____, History of MAF, terdapat dalam http://www.mafhq.mil.my/index.php/en/about-
us/history diakses Sabtu tgl 29 Juni 2013 pukul 11.30
   11   12   13   14   15   16   17   18