Page 15 - Perpustakaan Lemhannas RI
P. 15
dengan semua negara jiran yang tidak bisa terlepas dari akibat
masalah tersebut.
4) Rancangan Kerjasama Teknikal Malaysia
Pada Julai 1979 Pemerintah Malaysia telah wujudkan
rancangan Kerjasama Teknikal Malaysia (MTCP). Rancangan ini ialah
merupakan suatu manifestasi Malaysia dalam konteks kerjasama di
antara negara Selatan-Selatan (South-South) dan lain-lain negara
yang sedang membangun. Rancangan kerjasama ini diwujudkan
dengan harapan bahawa negara-negara yang sedang membangun
bisa mempelajari pengalaman dan kepakaran dalam pembangunan
negara daripada negara-negara yang sedang membangun sendiri.
Rancangan Kerjasama Teknikal Malaysia ialah satu rancangan
yang praktikal di mana pengalaman-pengalaman dan idea dalam
pembangunan negara dapat dikongsi bersama oleh negara-negara
yang sedang membangun. Dengan ini juga diharap negara-negara
berkenaan dapat meringankan beban dan masalah dalam
pembangunan negara masing-masing. Adalah juga diharapkan
negara-negara sedang membangun yang lain juga akan menurut jejak
langkah Malaysia dalam memberi bantuan di dalam bidang-bidang
yang mereka mempunyai pengalaman dan kepakaran. Dengan ini
kerjasama di antara negara-negara sedang membangun akan lebih
erat lagi.
8. Peraturan Perundang-undangan.
a. Undang-undang Nomor 17 Tahun 1985 tentang Ratifikasi terhadap
Konvensi PBB tentang Hukum Laut (UNCLOS 1982).
Undang-undang Nomor 17 Tahun 1985 merupakan ratifikasi bangsa
Indonesia terhadap ketentuan internasional yang telah mengakui keberadaan
bangsa Indonesia sebagai Negara Kepulauan (Archipelagic State).
15

