Page 13 - Perpustakaan Lemhannas RI
P. 13
lebih menyentuh isu-isu asas untuk memastikan momentum
pertumbuhan yang dapat dipercepatkan atau dipacu melalui
pendekatan yang holistik guna menghapuskan semua hambatan.
Matlamat atau sasaran pencapaian khusus MEB ialah untuk
memberi penekanan kepada bina upaya bukan hanya pembangunan
negara semata-mata sebagai langkah mencapai pembangunan yang
mapan. Tumpuan diberikan secara efektif ke atas sektor utama yang
spesifik atau dikenali sebagai Aktiviti Utama Ekonomi Nasional
(NKEAs). la adalah bidang di mana ekonomi negara mempunyai
potensi untuk terus maju ke arah ekonomi berpendapatan tinggi.
Berdasarkan pendekatan baru ini, sektor usaha akan memacu
pertumbuhan. Pemerintah perlu meningkatkan peranan sebagai
fasilitator kepada pihak industri dan usaha untuk berkembang maju.
Majoriti inisiatif yang telah diwujudkan adalah berkaitan dengan semua
faktor yang penting dalam memperbaiki ekonomi negara guna
mencapai dan menjadikan ekonomi negara maju dan berdaya saing
(competitive adventage).
2) Wawasan 2020
Wawasan 2020 bertujuan mewujudkan negara Malaysia akan
menjadi negara maju dengan caranya tersendiri tanpa terikut kepada
cara dan corak negara maju yang ada sekarang. Kemajuan yang
dicita-citakan ialah kemajuan yang sempurna yang tidak semata-mata
diukur dari segi pencapaian lahiriah atau fisik semata-mata malah ia
akan meliputi pewujudan satu masyarakat yang sempurna dengan nilai
moral dan etika yang tinggi dan boleh dicontohi oleh negara-negara
lain.
Target pencapaian yang dicita-citakan ialah pembentukan
sebuah negara Malaysia yang benar-benar maju menjelang tahun
13

