Page 13 - Perpustakaan Lemhannas RI
P. 13
perkataan al-Qital atau al-Harb.19 Ayat-ayat jihad yang turun di
Makkah tidak satupun bermakna perang. Perintah perang ketika di
Madinah adalah disebut dengan menggunakan perkataan al-
Qital, bukannya jihad. Perintah jihad sudah turun kepada
Rasulullah s.a.w. sejak zaman Makkah, tapi bukan dalam bentuk
perlawanan bersenjata atau perang. Inilah bentuk jihad semasa di
Makkah. Sebahagian ulama menamakannya jihad secara damai (al-
jihad al-silmi atau peaceful jihad). Kebenaran menggunakan senjata
baharulah turun ketika kaum muslimin telah berhijrah ke
Madinah. Jihad perang merupakan langkah terakhir dan hanya
boleh dilaksanakan setelah cara-cara damai yang ditempuh tidak
membuahkan hasil. Ini menunjukkan bahawa Islam adalah agama
yang mengutamakan perdamaian, bukan agama perang.
Jihad dilaksanakan diatas beberapa sebab pertama, adanya
serangan dari pihak luar. Umat Islam diperintahkan memerangi
orang yang telah memerangi mereka dan dilarang memulakan
peperangan terhadap orang lain dan kedua, adanya kezaliman dan
penindasan dan kewajipan umat Islam menolong orang-orang
teraniaya dan tertindas. Melalui pengertian Al-Quran, tujuan jihad
adalah pertama, mempertahankan diri daripada serangan
musuh, termasuk mempertahankan kedaulatan wilayah negara Islam
daripada pencerobohan kuasa asing. Kedua, menghapuskan
kezaliman dan penindasan, terutama sekali bagi umat Islam
yang memohon pertolongan daripada penindasan. Tapi jika
mereka berasal dari negara yang telah menjalin
perjanjian damai dengan negara Islam, makaumat Islam
harus menghormati perjanjian tersebut dan tidak dibenarkan
turut campur (intervensi) menangani urusan dalaman negara
berkenaan yang jalan diplomasi sedangdilakukan. Ketiga,
mengakhiri peperangan dan mewujudkan perdamaian Tujuan
perang Islam yalah untuk mengakhiri peperangan kerana
adakalanya peperangan tidak boleh dihentikan melainkan
19 Prof Madya Amat Juhari Moain, 1992, "Jihad dan Pengertiannya", Dewan Bahasa dan Pustaka,
Kuala Lumpur, Malaysia, hlm.7.
27

